Skip to main content

Posts

Epilog Kerana Seorang Lelaki

Aku menggagahkan diri ke majlis tahlil untuk Zufar.Aku melangkah lemah.Rasanya tak sanggup untuk menatap wajah orang ku sayang dalam keadaan begitu.Kau bisu Zufar.Aku termenung beberapa ketika.Mencari kekuatan untuk menatap wajah Zufar buat kali terakhir.Aku nampak mak cik dari jauh.Menantikan kedatanganku agaknya.Dari semalam mak cik bercakap di telefon denganku.Menasihati supaya aku tabahkan hati untuk Zufar.Bagaimanakah agaknya hidupku tanpa kau Zufar?Padahal selama ni kau yang mengajar aku untuk kembali tersenyum.Ah! Betapa aku menyesal kerana tidak menghargai masa yang kita ada selama ni. "Masuklah Kirana".Lembut suara ibu Zufar menyapaku.Aku tak dapat menahan air mata dari terus mengalir."Sabarlah sayang",mak cik mengesat air mataku yang berlinangan."Saya dah takde sesiapa lagi dalam hidup ni,mak cik".Aku merintih."Kamu silap Kirana,mak cik dan pak cik kan ada.Anggaplah kami sebagai ibu bapa kamu,nak".Terkejut dengan kata-kata mak cik,aku...
Recent posts

Kerana Seorang Lelaki -Part 13-

Hmm..nak pakai baju apa ek?Letih memerah otak.Aku buka almari.Kebiasaannya,semua baju t-shirt aku disangkut di luar almari.Senang untuk aku pilih.Arghh!Apa ni?Aku sendiri terkejut dengan koleksi lama baju-bajuku.Semuanya agak feminin.Hmm..bosannya.Tapi lama tak pakai,rindu.Akhirnya aku mengenakan dress hadiah abang Ziqri pada hari lahir aku yang ke 18.Gabungan warna ungu dan putih.Kegemaranku.Aku lihat diriku di cermin.Ayunya.Tak mahu.Lalu aku tambahkan cardigan putih untuk menutup sedikitdress tersebut.Aku bawa bersama sapu tangan Zufar.Pada sapu tangan tersebut ada tulisan ZKAZ.Jenama apalah yang Zufar gunakan,aku tak pernah dengar. Aku tiba di restoran tersebut agak awal.Hmm..mana Zufar ni?Aku termalu sendiri.Kenapa semua orang memerhati ke arah aku?Apa yang tak kena agaknya?Aku jadi tak senang.Semua orang dah sewel agaknya.Ngomel aku sendirian.Aku mula bosan.Ternanti-nanti kehadiran Zufar.Tiba-tiba telefonku berdering. "Hello?Zufar,kau dekat mana?"."Maaf Kirana,sa...

Kerana Seorang Lelaki -Part 12-

Pagi.Lenanya tidur.Hmm..hari ni aku ada discussion dengan Zufar.Last discussion untuk siapkan projek.Seperti biasa aku mengenakan T-shirt,seluar jeans,gelang tengkorak yang Zufar tak suka.Katanya macam black metal.Ah!Ada aku kisah?Hidup aku bukan hidup dia.Aku selak diari aku.Banyaknya nama Zufar di dalamnya.Apa nak jadi dengan aku.Diari aku dipenuhi dengan kutukan aku pada Zufar.Bila aku nak minta maaf pada Zufar?Sempat ke tidak agaknya. Di kolej.Aduh,ujian sungguh.Pagi-pagi macam ni dah nampak muka Zufar.Jodohkah?Aku tersenyum untuk menutup debar dihati.Apa aku nak cakap pada Zufar?Selepas kejadian semalam,aku jadi serba tidak kena. Malu,yang teramat.Aku tarik nafas sedalam-dalamnya.Menyampahnya aku dengan Zufar! Kenapa dia masih cool selepas kejadian semalam?Aku mengeluh. "Hai Kirana.Sihat?"."Er..sihat,thanks".Entah kenapa aku terlalu sopan la pula. "Awak nampak comel dengan T-shirt ungu ni tapi..". "Aku tahu jeans dengan gelang tengkorak ni ...

Kerana Seorang Lelaki -Part 11-

Aku berjalan sendirian menuju ke tempat jamming.Terasa seperti ada yang mengekoriku.Seram.Aku memberanikan diri.Terus melangkah.Makin laju.Aku berpaling ke belakang.Tiada apa disitu.Cuma aku dan bayang-bayang.Aku teruskan langkah.Walaupun penat aku tetap penuhi permintaan Emir untuk jamming malam itu.Sejak bila aku berperangai seperti ini.Ah! Aku tak peduli asalkan aku dapat kurangkan tekanan di jiwa. "Hello sayang.Apa khabar sayang malam ni?Hmm..cantik.Mengancam".Emir mula mengayat. "Lagu apa malam ni?Cepatlah aku penat.Aku nak balik rehat pulak ni".Aku mengeluh. "Ala..sayang tidur kat sini pun takpe.Emir tak kisah.Aiman pun tak kisah.Hahaha.."Emir dan dua lagi rakannya ketawa.Wajah mereka menakutkan bak dracula.Malam itu kami jamming lagu screamo.Lagu Alesana dan macam-macam lagi.Semuanya lagu yang merosakkan jiwa.Aku puas! "Ok la Mir,aku nak balik.Jumpa korang lain kali".Aku meminta diri untuk pulang.Emir menghalang. "Nanti la dulu ...

Kerana Seorang Lelaki -Part 10-

Ah..letihnya hari ni.Hmm..bosan.Kalau la abang masih ada.Lapar la. "Adik..dah balik?".Tiba-tiba terdengar satu suara.Abang Ziqri! "Abang Ziqri?Abang ke tu?Abang kat mane..",sahutku pula.Diam.Hanya angin sepoi-sepoi bahasa dari luar yang terasa.Nyaman.Aku melangkah ke tingkat atas.Bilik abang Ziqri.Aku duduk di atas katilnya. "Adik rindu abang..",rintihku sendirian.Dalam kesunyian itu,aku menangis lagi. somebody told me that you had a boyfriend who looks like a girlfriend Aku dikejutkan oleh nada lagu The Killers.Siapa pula yang call malam-malam ni?.Ah!Dah pagi. "Hello?" "Assalamualaikum Kirana".Sopan tutur katanya."Kirana?" "Yela,awak Kirana kan?".Soalnya lagi. Siapa pulak yang panggil aku Kirana ni.Aku tatap semula nombor yang tertera.Oh,budak bajet rupanya. "Ha Zufar,ade ape call aku pagi-pagi ni?". "Saya cuma nak ingatkan awak yang kita adadiscussion nanti". "Oh,aku tahu la.For yo...

Kerana Seorang Lelaki -Part 9-

"Hai Kirana.Baru sekarang saya jumpa awak.Wow! Awak nampak lain la",tegur Prof Farhat. "Hm..ada apa Prof?.Aku tak suka prof yang sorang ni.Miang. "Memandangkan awak dah lama tak hadir ke kolej,awak membantutkan tugasan awak.Untuk tugasan berpasangan kali ni saya terpaksa letakkan awak dengan orang lain.Lina dah ada pasangannya". "Siapa?Saya tak kisah pun asalkan kerja saya selesai". "Dia budak baru dalam kelas kita,Zufar". "Zufar Zayan?",soalku untuk kepastian."Ha..baguslah awak dah kenal.Awak boleh bincang dengan Zufar selepas ni.Saya dah terangkan semuanya.Nanti dia akan bagitau awak.Ok?." "Hmm..ok jer".Jawabku lemah. Hampeh betul!Patut la cakap nak jumpa aku kat kantin.Menyampah. "Hai".Aku menyapa.Kekok untuk menegur.Tak selesa. "Assalamualaikum.Seronok dapat berkenalan dengan awak".Manis senyumannya."Awak nak minum apa?".Pertanyaannya mematikan lamunanku. "Apa saje k...

Kerana Seorang Lelaki -Part 8-

"Rin..Rin! Ya Allah Rin! Kenapa dengan kau ni Rin?".Soal Lina cemas apabila melihat aku dalam keadaan lemah.Dengan mata yang bengkak. "Kenapa ni Rin?Cakaplah.Mana abang Ziqri kau?",soal Lina lagi.Aku tiada kudrat untuk membalas pertanyaan Lina. "Abang dah tinggalkan aku.Aku sorang-sorang.Aku nak ikut abang..". "Kau cakap apa ni Rin?Aku tak faham la." "Abang Ziqri?Abang Ziqri?Abang Ziqri!!".Lina terkejut. Hari ini masuk hari ketiga majlis tahlil diadakan dirumahku.Semuanya diuruskan oleh peguam keluarga kami.Aku hanya diam.Berkurung di dalam bilik.Menangisi pemergian abang.Lemahnya aku. "Rin,aku tumpang simpati kat kau.Tapi kau janganlah sampai macam ni Rin.Kau kena teruskan kehidupan kau.Aku tak boleh tengok kawan aku macam ni!".Tegas Lina.Aku cuma diam. "Aku..aku nak ikut abang..abang..",rintihku lagi.Lina terdiam.Susah bercakap dengan orang seperti aku agaknya. Hampir dua bulan aku tidak hadir ke kolej...