Skip to main content

Kerana Seorang Lelaki -Part 7-

Aku membuka helaian surat itu.Keliru.
Kepada adikku Kirana Airin yang tersayang,
Entah kenapa abang rasa sayu sangat malam ni.
Rasa rindu pada mak dan ayah.
Seriously,abang tak pernah tulis surat,sorry.
Abang cuma nak cakap yang abang sayang sangat pada adik.
Adik bosan tak bila abang cakap macam tu?Mesti takkan?
Adik selalu senyum bila abang cakap I Love You.
Abang suka tengok adik senyum.Lawa macam senyuman mak.
Abang bangga ada adik macam sayang aka teddy bear ^_^
Abang masih ingat adik selalu tanya abang bila abang nak kahwin.Nakalnya!
Bukannya abang tak berhasrat tapi abang rasa sayang nak tinggalkan adik.
Kalau boleh abang nak curahkan sepenuh kasih sayang hanya untuk adik.
Abang taknak adik akan rasa tersisih kalau ada orang lain dalam rumah ni.
Abang nak tengok adik yang kahwin dulu, baru abang rasa lega.
Adik, entah kenapa abang rasa macam nak pergi jauh.
Sungguh, rasa ni tak pernah abang lalui.
2 hari lepas abang mimpi mak dan ayah datang jemput abang.
Jika benarlah apa yang abang rasa ni,adik jagalah diri adik baik2.
Abang cuma nak adik tahu yang abang sayang sangat permata abang yang sorang ni.
Abang dah uruskan segala-galanya untuk adik.
Abang mintak diri dulu ye! Nak tidur sekejap.
Esok kita jumpa lagi,kita pergi makan KFC nak?hi..hi..hi..
Yang Menyayangimu,
Qareef Ziqri yang hensem ❤
Ya Allah! Aku mendekati abang.Aku sentuh tangan abang.Sejuk.Aku usap pipi abang.Air mataku menitis jatuh ke pipi abang.Aku sapu air mata itu.Luluh hatiku.Lembut wajah abang.

"Abang kata nak pergi makan KFC.Abang tipu adik ye?Abang cakap nak tidur sekejap je.Tapi sampai sekarang abang tak bangun lagi.Abang tipu adik lagi.Abang kata abang sayang adik tapi abang tinggalkan adik.Abang bohong".

Aku usap lagi pipi abang.Aku rebahkan kepalaku pada dada bidang abang.Senyap.Jantung abang tak berdegup.Air mata bercucuran mengalir dari kelopak mataku.
"Abang, adik tak kuat sendiri.Adik tak kuat..",rintihku pada abang yang sudah lena.
You know i can't smile without you
i can't laugh and i can't sing
finding a hard to do anything

Telefon abang berdering lagu I Can't Smile Without You.Lagu kegemaran kami berdua.Lina call.

"Hello abang Ziqri?Betul ke nak suruh Lina jemput Rin ni?Lina dah on the way ke rumah ni.Hello?", kata Lina lagi apabila tiada jawapan yang diterimanya.

"Lina,aku ni..Rin.Abang Ziqri..abang Ziqri dah..".Aku tak dapat meneruskan kata-kataku lagi.

"Rin,kenapa dengan abang Ziqri?Apa yang dah?Kau jangan risau,aku dah nak sampai rumah kau ni.Kau tunggu!".

"Abang.....adik nak pergi jugak..".Lirih suaraku.


Comments

Popular posts from this blog

Epilog Kerana Seorang Lelaki

Aku menggagahkan diri ke majlis tahlil untuk Zufar.Aku melangkah lemah.Rasanya tak sanggup untuk menatap wajah orang ku sayang dalam keadaan begitu.Kau bisu Zufar.Aku termenung beberapa ketika.Mencari kekuatan untuk menatap wajah Zufar buat kali terakhir.Aku nampak mak cik dari jauh.Menantikan kedatanganku agaknya.Dari semalam mak cik bercakap di telefon denganku.Menasihati supaya aku tabahkan hati untuk Zufar.Bagaimanakah agaknya hidupku tanpa kau Zufar?Padahal selama ni kau yang mengajar aku untuk kembali tersenyum.Ah! Betapa aku menyesal kerana tidak menghargai masa yang kita ada selama ni. "Masuklah Kirana".Lembut suara ibu Zufar menyapaku.Aku tak dapat menahan air mata dari terus mengalir."Sabarlah sayang",mak cik mengesat air mataku yang berlinangan."Saya dah takde sesiapa lagi dalam hidup ni,mak cik".Aku merintih."Kamu silap Kirana,mak cik dan pak cik kan ada.Anggaplah kami sebagai ibu bapa kamu,nak".Terkejut dengan kata-kata mak cik,aku...

Kerana Seorang Lelaki -Part 8-

"Rin..Rin! Ya Allah Rin! Kenapa dengan kau ni Rin?".Soal Lina cemas apabila melihat aku dalam keadaan lemah.Dengan mata yang bengkak. "Kenapa ni Rin?Cakaplah.Mana abang Ziqri kau?",soal Lina lagi.Aku tiada kudrat untuk membalas pertanyaan Lina. "Abang dah tinggalkan aku.Aku sorang-sorang.Aku nak ikut abang..". "Kau cakap apa ni Rin?Aku tak faham la." "Abang Ziqri?Abang Ziqri?Abang Ziqri!!".Lina terkejut. Hari ini masuk hari ketiga majlis tahlil diadakan dirumahku.Semuanya diuruskan oleh peguam keluarga kami.Aku hanya diam.Berkurung di dalam bilik.Menangisi pemergian abang.Lemahnya aku. "Rin,aku tumpang simpati kat kau.Tapi kau janganlah sampai macam ni Rin.Kau kena teruskan kehidupan kau.Aku tak boleh tengok kawan aku macam ni!".Tegas Lina.Aku cuma diam. "Aku..aku nak ikut abang..abang..",rintihku lagi.Lina terdiam.Susah bercakap dengan orang seperti aku agaknya. Hampir dua bulan aku tidak hadir ke kolej...

Kerana Seorang Lelaki -Part 10-

Ah..letihnya hari ni.Hmm..bosan.Kalau la abang masih ada.Lapar la. "Adik..dah balik?".Tiba-tiba terdengar satu suara.Abang Ziqri! "Abang Ziqri?Abang ke tu?Abang kat mane..",sahutku pula.Diam.Hanya angin sepoi-sepoi bahasa dari luar yang terasa.Nyaman.Aku melangkah ke tingkat atas.Bilik abang Ziqri.Aku duduk di atas katilnya. "Adik rindu abang..",rintihku sendirian.Dalam kesunyian itu,aku menangis lagi. somebody told me that you had a boyfriend who looks like a girlfriend Aku dikejutkan oleh nada lagu The Killers.Siapa pula yang call malam-malam ni?.Ah!Dah pagi. "Hello?" "Assalamualaikum Kirana".Sopan tutur katanya."Kirana?" "Yela,awak Kirana kan?".Soalnya lagi. Siapa pulak yang panggil aku Kirana ni.Aku tatap semula nombor yang tertera.Oh,budak bajet rupanya. "Ha Zufar,ade ape call aku pagi-pagi ni?". "Saya cuma nak ingatkan awak yang kita adadiscussion nanti". "Oh,aku tahu la.For yo...