Skip to main content

Kerana Seorang Lelaki -Part 8-

"Rin..Rin! Ya Allah Rin! Kenapa dengan kau ni Rin?".Soal Lina cemas apabila melihat aku dalam keadaan lemah.Dengan mata yang bengkak.

"Kenapa ni Rin?Cakaplah.Mana abang Ziqri kau?",soal Lina lagi.Aku tiada kudrat untuk membalas pertanyaan Lina.

"Abang dah tinggalkan aku.Aku sorang-sorang.Aku nak ikut abang..".
"Kau cakap apa ni Rin?Aku tak faham la." "Abang Ziqri?Abang Ziqri?Abang Ziqri!!".Lina terkejut.

Hari ini masuk hari ketiga majlis tahlil diadakan dirumahku.Semuanya diuruskan oleh peguam keluarga kami.Aku hanya diam.Berkurung di dalam bilik.Menangisi pemergian abang.Lemahnya aku.

"Rin,aku tumpang simpati kat kau.Tapi kau janganlah sampai macam ni Rin.Kau kena teruskan kehidupan kau.Aku tak boleh tengok kawan aku macam ni!".Tegas Lina.Aku cuma diam.

"Aku..aku nak ikut abang..abang..",rintihku lagi.Lina terdiam.Susah bercakap dengan orang seperti aku agaknya.

Hampir dua bulan aku tidak hadir ke kolej.Teman-teman sibuk bertanyakan aku.Hanya Lina yang selalu temankan aku di rumah.Pagi.Aku penat menangisi abang.Abang takkan kembali lagi.Jiwa memberontak!
"Rin?Kau ke ni?",soal Lina apabila melihat aku segar semula.Namun bukan itu yang dihairankannya. Cara aku berpakaian."Kau ni nak pergi jamming ke gig?Sejak bila kau.."."Aku dah siap!Jom ke kolej".Potong aku.

Di kolej,semua memandang aku dengan pandangan yang berbeza berbanding hari-hari lain. Masing-masing berbisik antara satu sama lain.Ada yang menunjukkan ekspresi wajah yang aneh.

"Ouch,maaf.Saya tak sengaja.Awak ok?Maafkan saya sekali lagi".Sungguh-sungguh suara jejaka itu.
Aku mula berang."Lain kali jalan pakai mata! Buta ke?",marah aku. "Maafkan saya..saya..".

"Ah,sudahlah..tepi sikit aku nak lalu!".Kasar."Rin,kau ok ke ni?",Lina menyoal dengan wajah yang pelik.
Aku tak menjawab."Lina,mana pulak buku kat tangan aku tadi?". "Er..aku tak tahu.Tercicir kat mana-mana kot.".

Tiba-tiba terdengar satu suara dari belakang."Awak yang berT-shirt hitam,seluar hitam,beg sandang ungu,bergelang tangan tengkorak?Er..awak yang kat depan tu!Buku awak ni".Dia lagi! Menyampah.

"Terima kasih!"."Er saya..Zufar Zayan." Aku berlalu pergi tanpa mempedulikannya.
"Awak,nanti kita akan jumpa lagi tau!Saya tunggu awak kat kantin!".Laung Zufar.

Gila ke apa budak ni?Ada nak jumpa aku kat kantin.Langsung takde motif! Aku bermonolog sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Epilog Kerana Seorang Lelaki

Aku menggagahkan diri ke majlis tahlil untuk Zufar.Aku melangkah lemah.Rasanya tak sanggup untuk menatap wajah orang ku sayang dalam keadaan begitu.Kau bisu Zufar.Aku termenung beberapa ketika.Mencari kekuatan untuk menatap wajah Zufar buat kali terakhir.Aku nampak mak cik dari jauh.Menantikan kedatanganku agaknya.Dari semalam mak cik bercakap di telefon denganku.Menasihati supaya aku tabahkan hati untuk Zufar.Bagaimanakah agaknya hidupku tanpa kau Zufar?Padahal selama ni kau yang mengajar aku untuk kembali tersenyum.Ah! Betapa aku menyesal kerana tidak menghargai masa yang kita ada selama ni. "Masuklah Kirana".Lembut suara ibu Zufar menyapaku.Aku tak dapat menahan air mata dari terus mengalir."Sabarlah sayang",mak cik mengesat air mataku yang berlinangan."Saya dah takde sesiapa lagi dalam hidup ni,mak cik".Aku merintih."Kamu silap Kirana,mak cik dan pak cik kan ada.Anggaplah kami sebagai ibu bapa kamu,nak".Terkejut dengan kata-kata mak cik,aku...

Kerana Seorang Lelaki -Part 12-

Pagi.Lenanya tidur.Hmm..hari ni aku ada discussion dengan Zufar.Last discussion untuk siapkan projek.Seperti biasa aku mengenakan T-shirt,seluar jeans,gelang tengkorak yang Zufar tak suka.Katanya macam black metal.Ah!Ada aku kisah?Hidup aku bukan hidup dia.Aku selak diari aku.Banyaknya nama Zufar di dalamnya.Apa nak jadi dengan aku.Diari aku dipenuhi dengan kutukan aku pada Zufar.Bila aku nak minta maaf pada Zufar?Sempat ke tidak agaknya. Di kolej.Aduh,ujian sungguh.Pagi-pagi macam ni dah nampak muka Zufar.Jodohkah?Aku tersenyum untuk menutup debar dihati.Apa aku nak cakap pada Zufar?Selepas kejadian semalam,aku jadi serba tidak kena. Malu,yang teramat.Aku tarik nafas sedalam-dalamnya.Menyampahnya aku dengan Zufar! Kenapa dia masih cool selepas kejadian semalam?Aku mengeluh. "Hai Kirana.Sihat?"."Er..sihat,thanks".Entah kenapa aku terlalu sopan la pula. "Awak nampak comel dengan T-shirt ungu ni tapi..". "Aku tahu jeans dengan gelang tengkorak ni ...

Kerana Seorang Lelaki -Part 11-

Aku berjalan sendirian menuju ke tempat jamming.Terasa seperti ada yang mengekoriku.Seram.Aku memberanikan diri.Terus melangkah.Makin laju.Aku berpaling ke belakang.Tiada apa disitu.Cuma aku dan bayang-bayang.Aku teruskan langkah.Walaupun penat aku tetap penuhi permintaan Emir untuk jamming malam itu.Sejak bila aku berperangai seperti ini.Ah! Aku tak peduli asalkan aku dapat kurangkan tekanan di jiwa. "Hello sayang.Apa khabar sayang malam ni?Hmm..cantik.Mengancam".Emir mula mengayat. "Lagu apa malam ni?Cepatlah aku penat.Aku nak balik rehat pulak ni".Aku mengeluh. "Ala..sayang tidur kat sini pun takpe.Emir tak kisah.Aiman pun tak kisah.Hahaha.."Emir dan dua lagi rakannya ketawa.Wajah mereka menakutkan bak dracula.Malam itu kami jamming lagu screamo.Lagu Alesana dan macam-macam lagi.Semuanya lagu yang merosakkan jiwa.Aku puas! "Ok la Mir,aku nak balik.Jumpa korang lain kali".Aku meminta diri untuk pulang.Emir menghalang. "Nanti la dulu ...