Skip to main content

Kerana Seorang Lelaki -Part 13-

Hmm..nak pakai baju apa ek?Letih memerah otak.Aku buka almari.Kebiasaannya,semua baju t-shirt aku disangkut di luar almari.Senang untuk aku pilih.Arghh!Apa ni?Aku sendiri terkejut dengan koleksi lama baju-bajuku.Semuanya agak feminin.Hmm..bosannya.Tapi lama tak pakai,rindu.Akhirnya aku mengenakan dress hadiah abang Ziqri pada hari lahir aku yang ke 18.Gabungan warna ungu dan putih.Kegemaranku.Aku lihat diriku di cermin.Ayunya.Tak mahu.Lalu aku tambahkan cardigan putih untuk menutup sedikitdress tersebut.Aku bawa bersama sapu tangan Zufar.Pada sapu tangan tersebut ada tulisan ZKAZ.Jenama apalah yang Zufar gunakan,aku tak pernah dengar.

Aku tiba di restoran tersebut agak awal.Hmm..mana Zufar ni?Aku termalu sendiri.Kenapa semua orang memerhati ke arah aku?Apa yang tak kena agaknya?Aku jadi tak senang.Semua orang dah sewel agaknya.Ngomel aku sendirian.Aku mula bosan.Ternanti-nanti kehadiran Zufar.Tiba-tiba telefonku berdering.

"Hello?Zufar,kau dekat mana?"."Maaf Kirana,saya lambat sikit".

"Zufar,aku tak rasa nak makan.Aku tunggu kau dekat taman ok?".

"Oh ok Kirana,jumpa nanti".Aku matikan telefon.
Aku asyik bermain dengan sapu tangan Zufar.Aku hidunya.Wangi.Aku tak pernah mencium haruman seperti ini.Agaknya Zufar suka benda yang pelik-pelik kot.Sapu tangan pun jenama yang aku tak tahu.Wangian pulak aku tak pernah bau.Aneh.Aku menunggu lagi.Aku bersiar-siar di taman itu.Taman Citra Kasih.Sejuknya.Aku terketar-ketar dek bayu malam yang menyentuh kulitku.Aku berpaling ke arah jalan raya.Zufar!Akhirnya Zufar datang.Aku berlari anak ke arah Zufar.Dari jauh aku terlihat senyuman terukir di bibir Zufar.Manis.Zufar melambai-lambai ke arah ku.Hanya jalan raya yang luas sahaja yang menjarakkan kami.

Zufar berlari ke arahku.Agak laju dek kerana terlewat agaknya.Tiba-tiba..
Zufar!!!!!!!!!!!!!! 
Aku menjerit dengan begitu kuat sekali.Ya Allah,ujian apakah ini?Zufar dirempuh oleh sebuah kereta lalu tercampak ke seberang jalan.Aku berlari ke arah Zufar sambil air mata bercucuran dari kelopak mataku.Ya Allah,Zufar!

"Zufar,Kirana ni! Zufar,bukak mata awak! Zufar! Zufar!"."Tolonggg!".

Aku menjerit meminta bantuan.Orang ramai tapi semuanya terdiam dek kerana terkejut.Salah seorang daripada mereka menelefon ambulans.Zufar dikejarkan ke hospital.Aku menelefon Lina untuk menemani aku.
Aku teresak-esak di bahu Lina."Sabar Kirana.InsyAllah Zufar selamat". "Aku..aku nak telefon mak dia".
Selang beberapa lama kemudian,ibu dan ayah Zufar. Sungguh aku tidak pernah berjumpa dengan mereka namun Zufar ada ceritakan kepada aku dan menunjukkan gambar mereka.Ibu Zufar melangkah ke arahku dan memelukku.Aku tergamam."Sabarlah nak..kita sama-sama doakan Zufar ye Kirana".Tenang ibu Zufar berbicara.Ayah Zufar hanya tersenyum hambar.Kami tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan Zufar.

"Zufar seorang anak yang baik.Dia tak pernah membantah cakap ibu bapa.Kadang-kadang pula terlalu naif dan pendiam.Tapi sejak dia mendaftar di kolej,dia agak periang.Mak cik tak tahu apa yang digirangkannya.Dia selalu bercerita pasal Kirana pada mak cik padahal sebelum ni tak pernah dia kongsikan apa-apa dengan mak cik".Ibu Zufar diam.

"Petang tadi mak cik telefon dia.Katanya dia ada sesuatu nak bincangkan dengan mak cik.Bila sampai ke rumah,dia cakap hatinya sakit.Mak cik risau jugak tapi sebenarnys dia bergurau.Katanya hatinya sakit cinta.Dia malu-malu untuk bercerita pada mak cik namun diluahkan juga.Bahagia wajah dia.Kata Zufar,gadis tersebut nama Kirana.Dia siap tempah sapu tangan dengan nama Zufar dan Kirana".

"Yang ini ke mak cik?".Aku menunjukkan sapu tangan tersebut."Yang inilah.Pada mulanya mak cik tak faham jugak.Katanya ZKAZ tu untuk Zufar Kirana Airin Zayan"."Sebelum keluar tadi,dia cakap dia nak luahkan perasaan dia pada Kirana.Mak cik tak kisah asalkan dia bahagia memandangkan dialah satu-satunya anak mak cik.Zufar ada jugak cakap katanya selepas dia luahkan apa yang dia rasa pada Kirana dan jika Kirana tak marah,dia nak bawa Kirana jumpa mak cik dan pak cik malam ni jugak.Mak cik tak sabar nak jumpa Kirana.Tak sangka kita akan berjumpa dalam keadaan begini".Aku menangis lagi.
"Er..ayah Encik Zufar?".Doktor itu bertanya."Ya,saya ayah Zufar?Bagaimana dengan anak saya doktor?".Doktor itu menepuk lembut bahu ayah Zufar."Pihak kami memohon maaf,Zufar terlalu kritikal ketika dibawa kemari.Encik Zufar tak dapat diselamatkan.Maaf sekali lagi".Doktor itu berlalu.Aku rebah.Aku tak kuat.

Cukuplah dengan kehilangan abang Ziqri.Kenapa Zufar juga harus pergi meninggalkan aku.Aku mula menyalahkan takdir.Kenapa kami berjumpa dan berpisah dengan cara begini.Aku terus menangis dan menangis." Zufar,saya..saya..saya sayang awak".Ibu Zufar memelukku erat.Air matanya juga menitis namun masih kelihatan tenang.

"Sabarlah Kirana"."Bagaimana mak cik boleh tenang saat anak kesayangan mak cik dah tinggalkan mak cik??",aku menyoal keras."Kirana,ajal dan maut di tangan Allah sayang.Mak cik sedih Kirana.Hati ibu mana yang tak sedih bila perkara macam ni berlaku.Apatah lagi anak kesayangannya?Namun takdir Allah tak dapat kita lawan nak.Dari Allah kita datang,kepada Allah jua kita akan kembali Kirana sayang".

Kata-kata ibu Zufar sedikit sebanyak meredakan kesedihanku."Tapi..saya tak..". "Sudahlah nak,jangan salahkan takdir Allah".Aku menangis dan terus menangis.Zufar..aku tak sempat nak cakap yang aku sayang kau..Aku tak sempat..Aku menyesal..Aku tak sempat..

Comments

Popular posts from this blog

Kerana Seorang Lelaki -Part 8-

"Rin..Rin! Ya Allah Rin! Kenapa dengan kau ni Rin?".Soal Lina cemas apabila melihat aku dalam keadaan lemah.Dengan mata yang bengkak. "Kenapa ni Rin?Cakaplah.Mana abang Ziqri kau?",soal Lina lagi.Aku tiada kudrat untuk membalas pertanyaan Lina. "Abang dah tinggalkan aku.Aku sorang-sorang.Aku nak ikut abang..". "Kau cakap apa ni Rin?Aku tak faham la." "Abang Ziqri?Abang Ziqri?Abang Ziqri!!".Lina terkejut. Hari ini masuk hari ketiga majlis tahlil diadakan dirumahku.Semuanya diuruskan oleh peguam keluarga kami.Aku hanya diam.Berkurung di dalam bilik.Menangisi pemergian abang.Lemahnya aku. "Rin,aku tumpang simpati kat kau.Tapi kau janganlah sampai macam ni Rin.Kau kena teruskan kehidupan kau.Aku tak boleh tengok kawan aku macam ni!".Tegas Lina.Aku cuma diam. "Aku..aku nak ikut abang..abang..",rintihku lagi.Lina terdiam.Susah bercakap dengan orang seperti aku agaknya. Hampir dua bulan aku tidak hadir ke kolej...

Epilog Kerana Seorang Lelaki

Aku menggagahkan diri ke majlis tahlil untuk Zufar.Aku melangkah lemah.Rasanya tak sanggup untuk menatap wajah orang ku sayang dalam keadaan begitu.Kau bisu Zufar.Aku termenung beberapa ketika.Mencari kekuatan untuk menatap wajah Zufar buat kali terakhir.Aku nampak mak cik dari jauh.Menantikan kedatanganku agaknya.Dari semalam mak cik bercakap di telefon denganku.Menasihati supaya aku tabahkan hati untuk Zufar.Bagaimanakah agaknya hidupku tanpa kau Zufar?Padahal selama ni kau yang mengajar aku untuk kembali tersenyum.Ah! Betapa aku menyesal kerana tidak menghargai masa yang kita ada selama ni. "Masuklah Kirana".Lembut suara ibu Zufar menyapaku.Aku tak dapat menahan air mata dari terus mengalir."Sabarlah sayang",mak cik mengesat air mataku yang berlinangan."Saya dah takde sesiapa lagi dalam hidup ni,mak cik".Aku merintih."Kamu silap Kirana,mak cik dan pak cik kan ada.Anggaplah kami sebagai ibu bapa kamu,nak".Terkejut dengan kata-kata mak cik,aku...

Kerana Seorang Lelaki -Part 12-

Pagi.Lenanya tidur.Hmm..hari ni aku ada discussion dengan Zufar.Last discussion untuk siapkan projek.Seperti biasa aku mengenakan T-shirt,seluar jeans,gelang tengkorak yang Zufar tak suka.Katanya macam black metal.Ah!Ada aku kisah?Hidup aku bukan hidup dia.Aku selak diari aku.Banyaknya nama Zufar di dalamnya.Apa nak jadi dengan aku.Diari aku dipenuhi dengan kutukan aku pada Zufar.Bila aku nak minta maaf pada Zufar?Sempat ke tidak agaknya. Di kolej.Aduh,ujian sungguh.Pagi-pagi macam ni dah nampak muka Zufar.Jodohkah?Aku tersenyum untuk menutup debar dihati.Apa aku nak cakap pada Zufar?Selepas kejadian semalam,aku jadi serba tidak kena. Malu,yang teramat.Aku tarik nafas sedalam-dalamnya.Menyampahnya aku dengan Zufar! Kenapa dia masih cool selepas kejadian semalam?Aku mengeluh. "Hai Kirana.Sihat?"."Er..sihat,thanks".Entah kenapa aku terlalu sopan la pula. "Awak nampak comel dengan T-shirt ungu ni tapi..". "Aku tahu jeans dengan gelang tengkorak ni ...