Skip to main content

Epilog Kerana Seorang Lelaki

Aku menggagahkan diri ke majlis tahlil untuk Zufar.Aku melangkah lemah.Rasanya tak sanggup untuk menatap wajah orang ku sayang dalam keadaan begitu.Kau bisu Zufar.Aku termenung beberapa ketika.Mencari kekuatan untuk menatap wajah Zufar buat kali terakhir.Aku nampak mak cik dari jauh.Menantikan kedatanganku agaknya.Dari semalam mak cik bercakap di telefon denganku.Menasihati supaya aku tabahkan hati untuk Zufar.Bagaimanakah agaknya hidupku tanpa kau Zufar?Padahal selama ni kau yang mengajar aku untuk kembali tersenyum.Ah! Betapa aku menyesal kerana tidak menghargai masa yang kita ada selama ni.

"Masuklah Kirana".Lembut suara ibu Zufar menyapaku.Aku tak dapat menahan air mata dari terus mengalir."Sabarlah sayang",mak cik mengesat air mataku yang berlinangan."Saya dah takde sesiapa lagi dalam hidup ni,mak cik".Aku merintih."Kamu silap Kirana,mak cik dan pak cik kan ada.Anggaplah kami sebagai ibu bapa kamu,nak".Terkejut dengan kata-kata mak cik,aku terus memeluknya." Dah lama saya tak rasa pelukan seorang ibu.Saya rindu..".Aku teresak-esak." Mari jenguk Zufar,sayang".Mak cik menuntunku ke arah allahyarham Zufar yang telah siap dikafankan.Hanya wajahnya yang masih kelihatan.Hatiku luluh lagi.
Zufar,baru ku sedar betapa aku sayangkan kau.Kenapa aku begitu naif tentang cinta?Aku tak sedar kasih yang ku cari selama ini ada di depanku.
Zufar,aku relakan kau pergi.Aku kucup ubun-ubun Zufar.Ya Allah,kenapa hatiku tak ikhlas melepaskan Zufar?Perit.Pedih.Payah.Air mata menitis lagi.Sungguh aku penat.Menangisi pemergian insan-insan yang aku sayang.Mak,ayah dan abang Ziqri.Semuanya meninggalkan aku pergi.Mak cik memimpinku pulang ke rumahnya."Kirana tunggu sekejap ye.Mak cik ada barang nak bagi pada Kirana".Mak cik berlalu pergi.Kembali bersama sebuah kotak yang dibalut cantik.Entah apa isinya."Kirana bukalah.Hadiah daripada Zufar". "Hadiah?",aku bertanya. "Ya,untuk Kirana.Sebelum dia keluar hari tu,dia pesan dekat mak cik"."Mak cik minta diri dulu ya,nak buat air sikit".Aku buka kotak itu dengan perlahan-lahan.

Sepasang baju kurung ungu.Cantik.Aku cium baju itu.Harum.Air mataku menitis lagi.Tiba-tiba aku terpandang sebuah buku berkulit hitam,persis diari di dalam kotak itu.Aku buka helaian pertama.Tulisan Zufar! Cantik,tersusun kemas.Aku dan Qasih.Siapa Qasih?Aku mula rasa cemburu.Ada sesiapakah sebelum aku di dalam hati Zufar?Aku mula membaca kisah hidup Zufar dan Qasih.Kenapa aku rasakan seperti kisah pertemuan aku dan Zufar.Aku baca ayat terakhir pada muka surat itu.'Aku sayang Qasihku,Kirana'.Oh Zufar,rupa-rupanya akulah Qasih itu.Air mata tak pernah berhenti mengalir.Aku buka helaian seterusnya.

..Sayang untuk Qasihku,Kirana..
Kirana yang ku sayangi,aku bersyukur hadirnya dirimu dalam hidupku.
Sebelum ini aku tak pernah mengenal apa itu cinta.Sungguh aku jahil dalam hal itu.
Namun apabila kita bertemu,aku rasakan kelainan dalam dirimu.
Sungguh aku terpesona dengan ciptaan Allah yang Maha Agung.
Walaupun pertemuan kita tak seindah pertemuan Romeo dan Juliet,
aku dapat rasakan manisnya pertemuan pertama denganmu Qasih.
Walaupun dengan teguran kasarmu,aku dapat rasakan kelembutannya apabila
kau menyebut namaku,Zufar.Hatiku melonjak riang.
Qasih,aku tahu perjalanan hidupmu tak seindah gadis lain.
Maaf,sekiranya aku mengetahui kisah silammu daripada Lina.
Aku cuma ingin mengenalimu dengan lebih dekat.Kerana itu,aku sentiasa
menerima segala tingkah laku dan layananmu yang kasar terhadapku.
Kerana cinta,aku relakan.Sungguh aku menyayangimu,Qasih.
Qasihku Kirana,jauh dalam hatiku,aku ingin kau berubah.
Aku sentiasa menegurmu kerana pakaianmu.Maaf ku pohon kiranya kau tak selesa dengan teguranku.Aku tak pandai berbicara dengan wanita,sayang.Maaf.
Kerana sayang,aku tak mahu lelaki lain melihatmu dengan pandangan itu.
Aku benci.Aku cemburu! Bukan aku meminta perubahan yang drastik darimu.
Aku tak minta kau menjadi seperti perempuan melayu terakhir,jauh sekali tidak.
Cuma aku benci melihat lelaki-lelaki menikmati kecantikanmu,menatap auratmu.
Qasihku,Kirana..aku hadiahkan sepasang baju kurung ungu kegemaranmu..
aku hadiahkan juga telekung ini untukmu supaya orang yang ku sayang
takkan lupa pada kasih Allah.
Aku ambil pula telekung yang berada dalam kotak itu.Telekung berbunga ungu.Ya Allah,jauhnya aku darimu.Air mata menitis lagi.Air mata malu dan menyesal kerana menjarakkan diri dari Maha Pencipta.Ya Allah,khilafnya aku.Jauhnya aku dari cintaMu.Aku baca lagi coretan diari itu.

Qasihku,aku tahu kau memendam rasa.Aku dapat rasakan setiap kali kita bertemu.
Aku rasakan sayangmu padaku.Aku tak bohong kerana aku juga dapat merasakannya.
Namun,takdir Allah..rasa itu tak dapat aku zahirkan.
Qasihku Kirana,sekiranya kau mahu berubah..
Berubahlah kerana Allah dan bukan kerana seorang lelaki sepertiku.
Aku juga insan yang dicipta Allah,aku punya kelemahan.
Aku mahu kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.
Sekiranya kita tidak ditakdirkan bersama,janganlah kau salahkan takdir Allah.
Mungkin Allah takdirkan seseorang yang lebih baik untuk kita berdua.
Namun begitu,demi Allah aku menyayangimu,Kirana.
Aku berharap Allah akan memberkati kasih sayang kita hingga ke jinjang pelamin.
Sungguh ku berharap,Amin..
Air mataku menitis buat sekalian kalinya.Suara azan Asar mendayu-dayu menusuk ke dalam jiwaku yang kontang.Terasa tenang yang tak pernah aku rasa.Titis tangisan menitis di atas diari Zufar.Ya Allah,sungguh berhikmah takdirMu.Kau datangkan Zufar untuk menyedarkan aku.Alhamdulillah..Aku pernah menyalahkan Kau kerana memisahkan aku dengan orang-orang yang aku sayang.Ampunkan aku Tuhan..Sungguh aku khilaf.Tiba-tiba aku teringatkan allahyarham ayah.Ayah..Rin bersalah kerana membenci ayah.Benar kata Zufar,semuanya takdir Allah.Mungkin takdir mak untuk meninggal dengan cara begitu.Terasa kering sudah air mata untuk menangisi semuanya.Aku penat.

"Kirana,mari kita solat sama-sama nak?",mak cik menyapaku.Lantas aku memeluk mak cik erat. "Mak cik..". "Ye Kirana sayang,kenapa?". "Kirana rindu Allah..". Mak cik menyapu air mataku."Kalau macam tu,marilah kita menghadapNya.Luahkan segala rindu dan rasa Kirana padaNya.Juga doa untuk allahyarham Zufar dan keluarga Kirana". Aku terkejut."Mak cik tahu tentang keluarga saya?". "Maafkan Zufar kerana menceritakan semuanya pada mak cik".Aku mengeluh."Tak mengapalah mak cik".
Usai solat Asar bersama mak cik,aku teruskan dengan solat sunat taubat.Mak cik meninggalkan aku sendirian.Sayu.Itulah yang aku rasakan.Ayah,mak,abang Ziqri dan Zufar.Aku rindu semuanya.Ya Allah,beratnya ujian dariMu.Namun aku redha.Aku bersyukur kerana Kau telah menghantar seorang lelaki yang cukup bermakna dalam hidupku.Kerananya aku sedar tentang kebesaranMu.Aku tidak pernah menyangka begini akhirnya kasih kami berdua.Namun kerana seorang lelaki seperti Zufar,akhirnya aku kembali kepadaMu.Terima kasih,Ya Allah.Aku sujud tanda syukur kepadaNya...
-Tamat-

Comments

HRC Casing said…
novel ke ni? hhahaha
CikTeddyCorner said…
yup! die ni ske sngt ketawa :P
cerita best said…
NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow...follow pakjoe blk
Rul said…
kakak. best..
semua part saya nanges..
hehehe. hati saya memang cepat tersentuh. ngee~

Popular posts from this blog

Kerana Seorang Lelaki -Part 7-

Aku membuka helaian surat itu.Keliru. Kepada adikku Kirana Airin yang tersayang, Entah kenapa abang rasa sayu sangat malam ni. Rasa rindu pada mak dan ayah. Seriously,abang tak pernah tulis surat,sorry. Abang cuma nak cakap yang abang sayang sangat pada adik. Adik bosan tak bila abang cakap macam tu?Mesti takkan? Adik selalu senyum bila abang cakap I Love You. Abang suka tengok adik senyum.Lawa macam senyuman mak. Abang bangga ada adik macam sayang aka teddy bear ^_^ Abang masih ingat adik selalu tanya abang bila abang nak kahwin.Nakalnya! Bukannya abang tak berhasrat tapi abang rasa sayang nak tinggalkan adik. Kalau boleh abang nak curahkan sepenuh kasih sayang hanya untuk adik. Abang taknak adik akan rasa tersisih kalau ada orang lain dalam rumah ni. Abang nak tengok adik yang kahwin dulu, baru abang rasa lega. Adik, entah kenapa abang rasa macam nak pergi jauh. Sungguh, rasa ni tak pernah abang lalui. 2 hari lepas abang mimpi mak dan ayah datang jemput abang. Jika benarlah apa yan...

Kerana Seorang Lelaki -Part 11-

Aku berjalan sendirian menuju ke tempat jamming.Terasa seperti ada yang mengekoriku.Seram.Aku memberanikan diri.Terus melangkah.Makin laju.Aku berpaling ke belakang.Tiada apa disitu.Cuma aku dan bayang-bayang.Aku teruskan langkah.Walaupun penat aku tetap penuhi permintaan Emir untuk jamming malam itu.Sejak bila aku berperangai seperti ini.Ah! Aku tak peduli asalkan aku dapat kurangkan tekanan di jiwa. "Hello sayang.Apa khabar sayang malam ni?Hmm..cantik.Mengancam".Emir mula mengayat. "Lagu apa malam ni?Cepatlah aku penat.Aku nak balik rehat pulak ni".Aku mengeluh. "Ala..sayang tidur kat sini pun takpe.Emir tak kisah.Aiman pun tak kisah.Hahaha.."Emir dan dua lagi rakannya ketawa.Wajah mereka menakutkan bak dracula.Malam itu kami jamming lagu screamo.Lagu Alesana dan macam-macam lagi.Semuanya lagu yang merosakkan jiwa.Aku puas! "Ok la Mir,aku nak balik.Jumpa korang lain kali".Aku meminta diri untuk pulang.Emir menghalang. "Nanti la dulu ...

Kerana Seorang Lelaki -Part 12-

Pagi.Lenanya tidur.Hmm..hari ni aku ada discussion dengan Zufar.Last discussion untuk siapkan projek.Seperti biasa aku mengenakan T-shirt,seluar jeans,gelang tengkorak yang Zufar tak suka.Katanya macam black metal.Ah!Ada aku kisah?Hidup aku bukan hidup dia.Aku selak diari aku.Banyaknya nama Zufar di dalamnya.Apa nak jadi dengan aku.Diari aku dipenuhi dengan kutukan aku pada Zufar.Bila aku nak minta maaf pada Zufar?Sempat ke tidak agaknya. Di kolej.Aduh,ujian sungguh.Pagi-pagi macam ni dah nampak muka Zufar.Jodohkah?Aku tersenyum untuk menutup debar dihati.Apa aku nak cakap pada Zufar?Selepas kejadian semalam,aku jadi serba tidak kena. Malu,yang teramat.Aku tarik nafas sedalam-dalamnya.Menyampahnya aku dengan Zufar! Kenapa dia masih cool selepas kejadian semalam?Aku mengeluh. "Hai Kirana.Sihat?"."Er..sihat,thanks".Entah kenapa aku terlalu sopan la pula. "Awak nampak comel dengan T-shirt ungu ni tapi..". "Aku tahu jeans dengan gelang tengkorak ni ...