Skip to main content

Kerana Seorang Lelaki -Part 4-

“Adik! Mai sini jap.” Tiba-tiba pula abang memanggilku.Tak pernah sebelum ni.Kebiasaannya abang akan terus memecut kereta kesayangannya itu sebaik sahaja kaki aku memijak tanah kolej tersebut.

“Ade ape bang?Nak bagi duit tambah ek?”.Sengaja aku mahu bergurau. “Taklah.Meh duduk tepi abang jap.Abang rindu la kat adik.Abang sayang adik sangat-sangat.Adik la satu-satunya harta abang yang paling berharga dalam hidup abang.Abang nak adik jaga diri baik-baik tau.Jangan nakal-nakal.Adik makin dewasa.Tanggungjawab semakin besar.Ingat Allah selalu.Jangan lalai dalam hidup,nanti menyesal tak sudah.Padan muka adik”,sambil mencubit pipiku.Tabiatnya. Sempat lagi abang bergurau walaupun dalam nada yang serius.

“Amboi,panjang lebar abang pesan kat adik?Ada surprise ke?”. “Asyik-asyik surprise.Suka sangat dengan kejutan.Nanti sakit jantung baru tau!”.Bebel pula abang ni. “Yela..adik jaga diri la ni.Abang pi la kerja tu,dah lewat ni tau! Tata abang sayang intan tak berpayung”. Laungku sambil ketawa.Abang melayangkan flying kiss nya. Lain benar abang pagi ni.Terasa janggal pula.
"Ok,kelas kita tamat disini saja hari ini.Jangan lupa siapkan tugasan berkumpulan tu.Jangan buat sambil lewa aje!.Nanti markah sikit awak semua jangan salahkan saya.Assalamualaikum".Akhiri Cik Nita.
"Nak keluar,keluar jela.Panjang lebar pulak cakap.Menyampah aku",terdengar suara-suara sumbang.'nak call abang la..nak pergi jalan-jalan..lalala'..hatiku menyanyi riang.

somebody told me you had a boyfriend
who looked like a girlfriend


Tiba-tiba telefon bimbitku berdering lagu The Killers.Abang?Apasal abang pulak yang call?
"Hello abang?Kenapa call adik ni?Ada apa?Eh bagus jugak abang call,adik baru nak callabang.Adik dah habis kelas ni.Abang ada dekat mana?Boleh jemput adik sekarang?",bertalu-talu soalan aku pada abang.
"Sorry adik,abang ada hal la..tak boleh datang jemput adik.Adik tumpang Lina boleh?Rumah Lina dekat je kan dengan rumah kita?Maaf adik,abang betul-betul ada hal ni.Sorry sayang."
"Ok la,leceh la abang ni.Tak cakap awal-awal.Adik tak tahu Lina dah balik ke belum.Nanti la adik call Lina.Ok,tata abang." Rungutku pada abang.Abang diam.Aku matikan telefon bimbit.

Nukilan : Siti Khadijah Aziz

Comments

Popular posts from this blog

Kerana Seorang Lelaki -Part 10-

Ah..letihnya hari ni.Hmm..bosan.Kalau la abang masih ada.Lapar la. "Adik..dah balik?".Tiba-tiba terdengar satu suara.Abang Ziqri! "Abang Ziqri?Abang ke tu?Abang kat mane..",sahutku pula.Diam.Hanya angin sepoi-sepoi bahasa dari luar yang terasa.Nyaman.Aku melangkah ke tingkat atas.Bilik abang Ziqri.Aku duduk di atas katilnya. "Adik rindu abang..",rintihku sendirian.Dalam kesunyian itu,aku menangis lagi. somebody told me that you had a boyfriend who looks like a girlfriend Aku dikejutkan oleh nada lagu The Killers.Siapa pula yang call malam-malam ni?.Ah!Dah pagi. "Hello?" "Assalamualaikum Kirana".Sopan tutur katanya."Kirana?" "Yela,awak Kirana kan?".Soalnya lagi. Siapa pulak yang panggil aku Kirana ni.Aku tatap semula nombor yang tertera.Oh,budak bajet rupanya. "Ha Zufar,ade ape call aku pagi-pagi ni?". "Saya cuma nak ingatkan awak yang kita adadiscussion nanti". "Oh,aku tahu la.For yo...

Kerana Seorang Lelaki -Part 7-

Aku membuka helaian surat itu.Keliru. Kepada adikku Kirana Airin yang tersayang, Entah kenapa abang rasa sayu sangat malam ni. Rasa rindu pada mak dan ayah. Seriously,abang tak pernah tulis surat,sorry. Abang cuma nak cakap yang abang sayang sangat pada adik. Adik bosan tak bila abang cakap macam tu?Mesti takkan? Adik selalu senyum bila abang cakap I Love You. Abang suka tengok adik senyum.Lawa macam senyuman mak. Abang bangga ada adik macam sayang aka teddy bear ^_^ Abang masih ingat adik selalu tanya abang bila abang nak kahwin.Nakalnya! Bukannya abang tak berhasrat tapi abang rasa sayang nak tinggalkan adik. Kalau boleh abang nak curahkan sepenuh kasih sayang hanya untuk adik. Abang taknak adik akan rasa tersisih kalau ada orang lain dalam rumah ni. Abang nak tengok adik yang kahwin dulu, baru abang rasa lega. Adik, entah kenapa abang rasa macam nak pergi jauh. Sungguh, rasa ni tak pernah abang lalui. 2 hari lepas abang mimpi mak dan ayah datang jemput abang. Jika benarlah apa yan...

Kerana Seorang Lelaki -Part 8-

"Rin..Rin! Ya Allah Rin! Kenapa dengan kau ni Rin?".Soal Lina cemas apabila melihat aku dalam keadaan lemah.Dengan mata yang bengkak. "Kenapa ni Rin?Cakaplah.Mana abang Ziqri kau?",soal Lina lagi.Aku tiada kudrat untuk membalas pertanyaan Lina. "Abang dah tinggalkan aku.Aku sorang-sorang.Aku nak ikut abang..". "Kau cakap apa ni Rin?Aku tak faham la." "Abang Ziqri?Abang Ziqri?Abang Ziqri!!".Lina terkejut. Hari ini masuk hari ketiga majlis tahlil diadakan dirumahku.Semuanya diuruskan oleh peguam keluarga kami.Aku hanya diam.Berkurung di dalam bilik.Menangisi pemergian abang.Lemahnya aku. "Rin,aku tumpang simpati kat kau.Tapi kau janganlah sampai macam ni Rin.Kau kena teruskan kehidupan kau.Aku tak boleh tengok kawan aku macam ni!".Tegas Lina.Aku cuma diam. "Aku..aku nak ikut abang..abang..",rintihku lagi.Lina terdiam.Susah bercakap dengan orang seperti aku agaknya. Hampir dua bulan aku tidak hadir ke kolej...