Skip to main content

Kerana Seorang Lelaki -Part 6-

"Hai abang.Nak masak apa ek malam ni?Abang nak makan apa?Meh adik tolong.Ha,adik buat kek cawan nak?.Tanyaku dengan lagak manja.

"Apa nak jadi la dengan adik ni?Dah besar macam ni pun tak pandai-pandai lagi!".Muka abang serius.

"Kenapa abang cakap macam tu?Sedih la macam ni.Huh!".Rungutku pula.

"Adoi sayang ni,ada ke orang makan kek cawan malam-malam macam ni?Abang nak buat sup sayur.Nak?".Tanya abang.Aku hairan.Takkan abang dah lupa.

"Apa pulak abang ni?Muda-muda dah nyanyuk! Adik tak suka la sup sayur.Adik kan suka sup ayam."

"Eh,sorry dik.Lupa pula abang.Dah tua,nak sampai ajal kot.Hi..hi..hi..".Aku tampar lembut mulut abang.

"Padan muka! Cakap pelik-pelik sangat.Cukuplah apa yang adik nampak petang tadi".Abang pandang tepat mata aku.

"Adik,ajal dan maut kan di tangan Allah.Mungkin hari ni abang masih boleh masak untuk adik.Mana tahu esok adik kena masak sorang-sorang pulak?Adik kena la redha kalau abang dah takde nak teman adik lagi".
Air mata mula bergenang.Aku sebak.Mampukah aku hidup tanpa abang?

"Adik nak pergi tengok tv la..",aku berlalu sambil memikirkan kata-kata abang tadi.

"Adik,makanan dah siap.Tadaa..!".Abang hidangkan makanan di hadapan televisyen.Pelik.
"Eh,bukan ke selama ni abang selalu marah kalau adik makan depan tv?Sekarang apa abang buat?",soal aku.
"Ala..sekali sekala best jugak makan depan tv.Dah,jangan banyak cakap.Makan".Arah abang lagak seorang ibu.

Tok! Tok! Tok! Ketukan berbunyi di luar pintu."Boleh abang masuk adik sayang?".Geli dengar suara abang.

"Masuk jela abang oi!",sahut aku pula. "Adik nak tidur dah ke?Abang bosan la,tak boleh nak tidur.Hmm..adik tidurlah.Abang dodoikan ok?". "I think that is not a good idea abang since your voice like..". "Like what huh?",abang memotong. "Takde pape la..ha,nyanyi la.Teringin jugak nak dengar suara merdu abang."Kataku tersenyum.

I love you,you love me
we are happy family
with a great big hug and the kiss from me to you
would you say you love me too..


Lagu Barney & Friends kegemaran aku waktu kecil.Aku terlena."I love you,adik".Sayup suara abang.
Pagi.Aku kejutkan abang.Liatnya abang pagi ni.
"Abang,bangunlah.Adoi,penatlah kejutkan abang ni".Aku mula geram.Aku ada idea."Abanggggg!!".Aku jerit di telinga abang.Kenapa dengan abang ni? "Abang?Abang?".Aku usahakan lagi kejutkan abang.Aku terpandang satu surat di atas meja abang.Surat apa pula tu?

Comments

Popular posts from this blog

Epilog Kerana Seorang Lelaki

Aku menggagahkan diri ke majlis tahlil untuk Zufar.Aku melangkah lemah.Rasanya tak sanggup untuk menatap wajah orang ku sayang dalam keadaan begitu.Kau bisu Zufar.Aku termenung beberapa ketika.Mencari kekuatan untuk menatap wajah Zufar buat kali terakhir.Aku nampak mak cik dari jauh.Menantikan kedatanganku agaknya.Dari semalam mak cik bercakap di telefon denganku.Menasihati supaya aku tabahkan hati untuk Zufar.Bagaimanakah agaknya hidupku tanpa kau Zufar?Padahal selama ni kau yang mengajar aku untuk kembali tersenyum.Ah! Betapa aku menyesal kerana tidak menghargai masa yang kita ada selama ni. "Masuklah Kirana".Lembut suara ibu Zufar menyapaku.Aku tak dapat menahan air mata dari terus mengalir."Sabarlah sayang",mak cik mengesat air mataku yang berlinangan."Saya dah takde sesiapa lagi dalam hidup ni,mak cik".Aku merintih."Kamu silap Kirana,mak cik dan pak cik kan ada.Anggaplah kami sebagai ibu bapa kamu,nak".Terkejut dengan kata-kata mak cik,aku...

Kerana Seorang Lelaki -Part 8-

"Rin..Rin! Ya Allah Rin! Kenapa dengan kau ni Rin?".Soal Lina cemas apabila melihat aku dalam keadaan lemah.Dengan mata yang bengkak. "Kenapa ni Rin?Cakaplah.Mana abang Ziqri kau?",soal Lina lagi.Aku tiada kudrat untuk membalas pertanyaan Lina. "Abang dah tinggalkan aku.Aku sorang-sorang.Aku nak ikut abang..". "Kau cakap apa ni Rin?Aku tak faham la." "Abang Ziqri?Abang Ziqri?Abang Ziqri!!".Lina terkejut. Hari ini masuk hari ketiga majlis tahlil diadakan dirumahku.Semuanya diuruskan oleh peguam keluarga kami.Aku hanya diam.Berkurung di dalam bilik.Menangisi pemergian abang.Lemahnya aku. "Rin,aku tumpang simpati kat kau.Tapi kau janganlah sampai macam ni Rin.Kau kena teruskan kehidupan kau.Aku tak boleh tengok kawan aku macam ni!".Tegas Lina.Aku cuma diam. "Aku..aku nak ikut abang..abang..",rintihku lagi.Lina terdiam.Susah bercakap dengan orang seperti aku agaknya. Hampir dua bulan aku tidak hadir ke kolej...

Kerana Seorang Lelaki -Part 10-

Ah..letihnya hari ni.Hmm..bosan.Kalau la abang masih ada.Lapar la. "Adik..dah balik?".Tiba-tiba terdengar satu suara.Abang Ziqri! "Abang Ziqri?Abang ke tu?Abang kat mane..",sahutku pula.Diam.Hanya angin sepoi-sepoi bahasa dari luar yang terasa.Nyaman.Aku melangkah ke tingkat atas.Bilik abang Ziqri.Aku duduk di atas katilnya. "Adik rindu abang..",rintihku sendirian.Dalam kesunyian itu,aku menangis lagi. somebody told me that you had a boyfriend who looks like a girlfriend Aku dikejutkan oleh nada lagu The Killers.Siapa pula yang call malam-malam ni?.Ah!Dah pagi. "Hello?" "Assalamualaikum Kirana".Sopan tutur katanya."Kirana?" "Yela,awak Kirana kan?".Soalnya lagi. Siapa pulak yang panggil aku Kirana ni.Aku tatap semula nombor yang tertera.Oh,budak bajet rupanya. "Ha Zufar,ade ape call aku pagi-pagi ni?". "Saya cuma nak ingatkan awak yang kita adadiscussion nanti". "Oh,aku tahu la.For yo...