Skip to main content

Kerana Seorang Lelaki -Part 2-

“Ya Allah!”. Tiba-tiba terdengar jeritan satu suara garau. “Ayah!Ya Allah,apa dah jadi ni? Mak?Mak? Mak!!!!!!!!”. Jeritannya semakin lantang dek kerana tiada jawapan yang diterima.Langkahnya semakin laju menaiki tangga yang mewah itu. “Ya Allah,mak! Darah!”.Dia terpandang sekujur tubuh yang bersandar pada dinding itu.

“Adik! Apa dah jadi ni adik?kenapa dengan ayah dan mak ni?”. Aku hanya terbungkam disitu. Tiada kata yang mampu aku ucapkan.Aku masih terkejut. “Hello ambulans.Tolong datang ke rumah saya sekarang jugak.Kecemasan!”, kata abang dengan suara yang cemas namun tegas.

Di hospital, doktor dan jururawat bertungkus-lumus di dalam wad kecemasan,cuba untuk menyelamatkan ayah dan mak yang mengalami pendarahan yang teruk.Masing-masing di bahagian kepala.

Abang mendekatkan dirinya kepadaku. “Abang tak tahu apa yang jadi kat rumah semasa abang tiada.Macam mana semua ni boleh berlaku,dik? Kenapa dengan ayah dan mak jadi macam tu? Apa dah jadi,dik? Apa?”. Lemah saja suara abang bertanyakan soalan-soalan tersebut.Aku terus berdiam. Bagaimana harus aku ceritakan perangai ayah yang selama ini kami berdua tak pernah menduganya? Bahawa ayah seorang kaki perempuan? Kaki boros? Kaki pukul? Kaki botol? Ahh!! Aku benci ayah! Aku benci! Jika mak tiada bersama aku lagi,itu salah ayah! Salah ayah! Aku meyakinkan diri aku yang masih terkejut dengan peristiwa yang mula menjadi titik hitam dalam hidupku.

“Kamu waris Encik Amri dan Puan Amirah?”.Soal doktor yang merawat ayah dan mak itu dengan nada yang serius. “Ya,saya anaknya dan ini adik saya”,sambil memeluk erat bahuku.“Kami dah cuba sedaya upaya namun tak Berjaya.Ibu kamu menghidap hemofilia dan dia sememangnya sudah kehilangan terlalu banyak darah walaupun kecederaannya tidaklah seteruk ayah kamu.”Ayah pula?”,soal abang dengan suara yang cemas. “Maaf,kepalanya terhantuk terlalu kuat,tempurung kepalanya retak dan kehilangan darah yang terlalu banyak.Mungkin kerana lambat dibawa ke hospital.Pihak kami mohon maaf"."Ajal dan maut ditangan Allah”. Tambah doktor itu lagi apabila melihat abang seperti tidak dapat menerima kenyataan.

Aku pula? Tiada lagi air mata untuk aku tangiskan.Air mata ku sudah kering.Retak jiwaku. Luka hatiku. ‘aku benci ayah’.Bisik hatiku.

Nukilan --> Siti Khadijah Aziz

Comments

Popular posts from this blog

Epilog Kerana Seorang Lelaki

Aku menggagahkan diri ke majlis tahlil untuk Zufar.Aku melangkah lemah.Rasanya tak sanggup untuk menatap wajah orang ku sayang dalam keadaan begitu.Kau bisu Zufar.Aku termenung beberapa ketika.Mencari kekuatan untuk menatap wajah Zufar buat kali terakhir.Aku nampak mak cik dari jauh.Menantikan kedatanganku agaknya.Dari semalam mak cik bercakap di telefon denganku.Menasihati supaya aku tabahkan hati untuk Zufar.Bagaimanakah agaknya hidupku tanpa kau Zufar?Padahal selama ni kau yang mengajar aku untuk kembali tersenyum.Ah! Betapa aku menyesal kerana tidak menghargai masa yang kita ada selama ni. "Masuklah Kirana".Lembut suara ibu Zufar menyapaku.Aku tak dapat menahan air mata dari terus mengalir."Sabarlah sayang",mak cik mengesat air mataku yang berlinangan."Saya dah takde sesiapa lagi dalam hidup ni,mak cik".Aku merintih."Kamu silap Kirana,mak cik dan pak cik kan ada.Anggaplah kami sebagai ibu bapa kamu,nak".Terkejut dengan kata-kata mak cik,aku...

Kerana Seorang Lelaki -Part 10-

Ah..letihnya hari ni.Hmm..bosan.Kalau la abang masih ada.Lapar la. "Adik..dah balik?".Tiba-tiba terdengar satu suara.Abang Ziqri! "Abang Ziqri?Abang ke tu?Abang kat mane..",sahutku pula.Diam.Hanya angin sepoi-sepoi bahasa dari luar yang terasa.Nyaman.Aku melangkah ke tingkat atas.Bilik abang Ziqri.Aku duduk di atas katilnya. "Adik rindu abang..",rintihku sendirian.Dalam kesunyian itu,aku menangis lagi. somebody told me that you had a boyfriend who looks like a girlfriend Aku dikejutkan oleh nada lagu The Killers.Siapa pula yang call malam-malam ni?.Ah!Dah pagi. "Hello?" "Assalamualaikum Kirana".Sopan tutur katanya."Kirana?" "Yela,awak Kirana kan?".Soalnya lagi. Siapa pulak yang panggil aku Kirana ni.Aku tatap semula nombor yang tertera.Oh,budak bajet rupanya. "Ha Zufar,ade ape call aku pagi-pagi ni?". "Saya cuma nak ingatkan awak yang kita adadiscussion nanti". "Oh,aku tahu la.For yo...

Hard To Say It Loud~

  after that sorrowful night you and me were torn into pieces you just went away from me it's hurting..for me and you,us.. it was my fault! I admitted it,friend.. but you wouldn't listen..I'm sorry again.. now you can put the blame on me.. I ruined our ties by myself..how regret I was.. I understand..i knew what you wanted.. I'll go..i will go out from your life.. I cried..dews dripping..as my silent tears.. I'm leaving now but still hoping that you will come for me.. It was so cold as the winter I really hope that you will come and cover me with your wool coat. How I miss that time Oh I see you there..walking alone. but you pause to stand,looking at me with misty eyes.. I smile..but you turn back and leave me alone there. and just then the wind began to blow hardly.. Thanks my friend..for your "careness".. Then I'll go and never come back for you.. you have my word! But..It's hard to say goodbye dear.. How I wish you'd never meet her..! How I ...