Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Epilog Kerana Seorang Lelaki

Aku menggagahkan diri ke majlis tahlil untuk Zufar.Aku melangkah lemah.Rasanya tak sanggup untuk menatap wajah orang ku sayang dalam keadaan begitu.Kau bisu Zufar.Aku termenung beberapa ketika.Mencari kekuatan untuk menatap wajah Zufar buat kali terakhir.Aku nampak mak cik dari jauh.Menantikan kedatanganku agaknya.Dari semalam mak cik bercakap di telefon denganku.Menasihati supaya aku tabahkan hati untuk Zufar.Bagaimanakah agaknya hidupku tanpa kau Zufar?Padahal selama ni kau yang mengajar aku untuk kembali tersenyum.Ah! Betapa aku menyesal kerana tidak menghargai masa yang kita ada selama ni. "Masuklah Kirana".Lembut suara ibu Zufar menyapaku.Aku tak dapat menahan air mata dari terus mengalir."Sabarlah sayang",mak cik mengesat air mataku yang berlinangan."Saya dah takde sesiapa lagi dalam hidup ni,mak cik".Aku merintih."Kamu silap Kirana,mak cik dan pak cik kan ada.Anggaplah kami sebagai ibu bapa kamu,nak".Terkejut dengan kata-kata mak cik,aku...

Kerana Seorang Lelaki -Part 13-

Hmm..nak pakai baju apa ek?Letih memerah otak.Aku buka almari.Kebiasaannya,semua baju t-shirt aku disangkut di luar almari.Senang untuk aku pilih.Arghh!Apa ni?Aku sendiri terkejut dengan koleksi lama baju-bajuku.Semuanya agak feminin.Hmm..bosannya.Tapi lama tak pakai,rindu.Akhirnya aku mengenakan dress hadiah abang Ziqri pada hari lahir aku yang ke 18.Gabungan warna ungu dan putih.Kegemaranku.Aku lihat diriku di cermin.Ayunya.Tak mahu.Lalu aku tambahkan cardigan putih untuk menutup sedikitdress tersebut.Aku bawa bersama sapu tangan Zufar.Pada sapu tangan tersebut ada tulisan ZKAZ.Jenama apalah yang Zufar gunakan,aku tak pernah dengar. Aku tiba di restoran tersebut agak awal.Hmm..mana Zufar ni?Aku termalu sendiri.Kenapa semua orang memerhati ke arah aku?Apa yang tak kena agaknya?Aku jadi tak senang.Semua orang dah sewel agaknya.Ngomel aku sendirian.Aku mula bosan.Ternanti-nanti kehadiran Zufar.Tiba-tiba telefonku berdering. "Hello?Zufar,kau dekat mana?"."Maaf Kirana,sa...

Kerana Seorang Lelaki -Part 12-

Pagi.Lenanya tidur.Hmm..hari ni aku ada discussion dengan Zufar.Last discussion untuk siapkan projek.Seperti biasa aku mengenakan T-shirt,seluar jeans,gelang tengkorak yang Zufar tak suka.Katanya macam black metal.Ah!Ada aku kisah?Hidup aku bukan hidup dia.Aku selak diari aku.Banyaknya nama Zufar di dalamnya.Apa nak jadi dengan aku.Diari aku dipenuhi dengan kutukan aku pada Zufar.Bila aku nak minta maaf pada Zufar?Sempat ke tidak agaknya. Di kolej.Aduh,ujian sungguh.Pagi-pagi macam ni dah nampak muka Zufar.Jodohkah?Aku tersenyum untuk menutup debar dihati.Apa aku nak cakap pada Zufar?Selepas kejadian semalam,aku jadi serba tidak kena. Malu,yang teramat.Aku tarik nafas sedalam-dalamnya.Menyampahnya aku dengan Zufar! Kenapa dia masih cool selepas kejadian semalam?Aku mengeluh. "Hai Kirana.Sihat?"."Er..sihat,thanks".Entah kenapa aku terlalu sopan la pula. "Awak nampak comel dengan T-shirt ungu ni tapi..". "Aku tahu jeans dengan gelang tengkorak ni ...

Kerana Seorang Lelaki -Part 11-

Aku berjalan sendirian menuju ke tempat jamming.Terasa seperti ada yang mengekoriku.Seram.Aku memberanikan diri.Terus melangkah.Makin laju.Aku berpaling ke belakang.Tiada apa disitu.Cuma aku dan bayang-bayang.Aku teruskan langkah.Walaupun penat aku tetap penuhi permintaan Emir untuk jamming malam itu.Sejak bila aku berperangai seperti ini.Ah! Aku tak peduli asalkan aku dapat kurangkan tekanan di jiwa. "Hello sayang.Apa khabar sayang malam ni?Hmm..cantik.Mengancam".Emir mula mengayat. "Lagu apa malam ni?Cepatlah aku penat.Aku nak balik rehat pulak ni".Aku mengeluh. "Ala..sayang tidur kat sini pun takpe.Emir tak kisah.Aiman pun tak kisah.Hahaha.."Emir dan dua lagi rakannya ketawa.Wajah mereka menakutkan bak dracula.Malam itu kami jamming lagu screamo.Lagu Alesana dan macam-macam lagi.Semuanya lagu yang merosakkan jiwa.Aku puas! "Ok la Mir,aku nak balik.Jumpa korang lain kali".Aku meminta diri untuk pulang.Emir menghalang. "Nanti la dulu ...

Kerana Seorang Lelaki -Part 10-

Ah..letihnya hari ni.Hmm..bosan.Kalau la abang masih ada.Lapar la. "Adik..dah balik?".Tiba-tiba terdengar satu suara.Abang Ziqri! "Abang Ziqri?Abang ke tu?Abang kat mane..",sahutku pula.Diam.Hanya angin sepoi-sepoi bahasa dari luar yang terasa.Nyaman.Aku melangkah ke tingkat atas.Bilik abang Ziqri.Aku duduk di atas katilnya. "Adik rindu abang..",rintihku sendirian.Dalam kesunyian itu,aku menangis lagi. somebody told me that you had a boyfriend who looks like a girlfriend Aku dikejutkan oleh nada lagu The Killers.Siapa pula yang call malam-malam ni?.Ah!Dah pagi. "Hello?" "Assalamualaikum Kirana".Sopan tutur katanya."Kirana?" "Yela,awak Kirana kan?".Soalnya lagi. Siapa pulak yang panggil aku Kirana ni.Aku tatap semula nombor yang tertera.Oh,budak bajet rupanya. "Ha Zufar,ade ape call aku pagi-pagi ni?". "Saya cuma nak ingatkan awak yang kita adadiscussion nanti". "Oh,aku tahu la.For yo...

Kerana Seorang Lelaki -Part 9-

"Hai Kirana.Baru sekarang saya jumpa awak.Wow! Awak nampak lain la",tegur Prof Farhat. "Hm..ada apa Prof?.Aku tak suka prof yang sorang ni.Miang. "Memandangkan awak dah lama tak hadir ke kolej,awak membantutkan tugasan awak.Untuk tugasan berpasangan kali ni saya terpaksa letakkan awak dengan orang lain.Lina dah ada pasangannya". "Siapa?Saya tak kisah pun asalkan kerja saya selesai". "Dia budak baru dalam kelas kita,Zufar". "Zufar Zayan?",soalku untuk kepastian."Ha..baguslah awak dah kenal.Awak boleh bincang dengan Zufar selepas ni.Saya dah terangkan semuanya.Nanti dia akan bagitau awak.Ok?." "Hmm..ok jer".Jawabku lemah. Hampeh betul!Patut la cakap nak jumpa aku kat kantin.Menyampah. "Hai".Aku menyapa.Kekok untuk menegur.Tak selesa. "Assalamualaikum.Seronok dapat berkenalan dengan awak".Manis senyumannya."Awak nak minum apa?".Pertanyaannya mematikan lamunanku. "Apa saje k...

Kerana Seorang Lelaki -Part 8-

"Rin..Rin! Ya Allah Rin! Kenapa dengan kau ni Rin?".Soal Lina cemas apabila melihat aku dalam keadaan lemah.Dengan mata yang bengkak. "Kenapa ni Rin?Cakaplah.Mana abang Ziqri kau?",soal Lina lagi.Aku tiada kudrat untuk membalas pertanyaan Lina. "Abang dah tinggalkan aku.Aku sorang-sorang.Aku nak ikut abang..". "Kau cakap apa ni Rin?Aku tak faham la." "Abang Ziqri?Abang Ziqri?Abang Ziqri!!".Lina terkejut. Hari ini masuk hari ketiga majlis tahlil diadakan dirumahku.Semuanya diuruskan oleh peguam keluarga kami.Aku hanya diam.Berkurung di dalam bilik.Menangisi pemergian abang.Lemahnya aku. "Rin,aku tumpang simpati kat kau.Tapi kau janganlah sampai macam ni Rin.Kau kena teruskan kehidupan kau.Aku tak boleh tengok kawan aku macam ni!".Tegas Lina.Aku cuma diam. "Aku..aku nak ikut abang..abang..",rintihku lagi.Lina terdiam.Susah bercakap dengan orang seperti aku agaknya. Hampir dua bulan aku tidak hadir ke kolej...

Kerana Seorang Lelaki -Part 7-

Aku membuka helaian surat itu.Keliru. Kepada adikku Kirana Airin yang tersayang, Entah kenapa abang rasa sayu sangat malam ni. Rasa rindu pada mak dan ayah. Seriously,abang tak pernah tulis surat,sorry. Abang cuma nak cakap yang abang sayang sangat pada adik. Adik bosan tak bila abang cakap macam tu?Mesti takkan? Adik selalu senyum bila abang cakap I Love You. Abang suka tengok adik senyum.Lawa macam senyuman mak. Abang bangga ada adik macam sayang aka teddy bear ^_^ Abang masih ingat adik selalu tanya abang bila abang nak kahwin.Nakalnya! Bukannya abang tak berhasrat tapi abang rasa sayang nak tinggalkan adik. Kalau boleh abang nak curahkan sepenuh kasih sayang hanya untuk adik. Abang taknak adik akan rasa tersisih kalau ada orang lain dalam rumah ni. Abang nak tengok adik yang kahwin dulu, baru abang rasa lega. Adik, entah kenapa abang rasa macam nak pergi jauh. Sungguh, rasa ni tak pernah abang lalui. 2 hari lepas abang mimpi mak dan ayah datang jemput abang. Jika benarlah apa yan...

Kerana Seorang Lelaki -Part 6-

"Hai abang.Nak masak apa ek malam ni?Abang nak makan apa?Meh adik tolong.Ha,adik buat kek cawan nak?.Tanyaku dengan lagak manja. "Apa nak jadi la dengan adik ni?Dah besar macam ni pun tak pandai-pandai lagi!".Muka abang serius. "Kenapa abang cakap macam tu?Sedih la macam ni.Huh!".Rungutku pula. "Adoi sayang ni,ada ke orang makan kek cawan malam-malam macam ni?Abang nak buat sup sayur.Nak?".Tanya abang.Aku hairan.Takkan abang dah lupa. "Apa pulak abang ni?Muda-muda dah nyanyuk! Adik tak suka la sup sayur.Adik kan suka sup ayam." "Eh,sorry dik.Lupa pula abang.Dah tua,nak sampai ajal kot.Hi..hi..hi..".Aku tampar lembut mulut abang. "Padan muka! Cakap pelik-pelik sangat.Cukuplah apa yang adik nampak petang tadi".Abang pandang tepat mata aku. "Adik,ajal dan maut kan di tangan Allah.Mungkin hari ni abang masih boleh masak untuk adik.Mana tahu esok adik kena masak sorang-sorang pulak?Adik kena la redha kalau a...

Kerana Seorang Lelaki -Part 5-

Allahuakbar Allahuakbar! Azan Asar berkumandang di corong radio kereta Lina. "Lina,kenapa aku rasa macam tak sedap hati je ek?Dari tadi jantung aku laju je.Aku takut la Lina. Aku takut kalau terjadi apa-apa dekat abang Ziqri.Tak pernah dia tak datang jemput aku.Aku takut la Lina." "Weh relax la beb.Ape pulak yang nak jadi kat abang Ziqri kau tu?Kau tu yang emo tak tentu pasal."Tegur Lina.Itulah Lina.Kasar namun hatinya baik.Tak pernah lokek dengan aku."Hmm..ok.Aku nak tidur jap ek.Sampai nanti kau kejutkan aku." "Yolah puan besar,rumah dekat pun nak tidur jugak.Memang dasar beruang panda!."Aku biarkan saja Lina dengan ngomelannya.Letih. "Weh Rin! Bangun! Bangun! Ada kemalangan la depan tu.Nampak macam kereta abang kau la.Weh bangun la cik panda oi!".Aku terkejut dek suara Lina yang mengganggu lenaku. "Hah?Abang aku? Kemalangan? Ya Allah!".Tergesa-gesa aku membuka pintu kereta.Berlari meninggalkan Lina yang masih bera...

Kerana Seorang Lelaki -Part 4-

“Adik! Mai sini jap.” Tiba-tiba pula abang memanggilku.Tak pernah sebelum ni.Kebiasaannya abang akan terus memecut kereta kesayangannya itu sebaik sahaja kaki aku memijak tanah kolej tersebut. “Ade ape bang?Nak bagi duit tambah ek?”.Sengaja aku mahu bergurau. “Taklah.Meh duduk tepi abang jap.Abang rindu la kat adik.Abang sayang adik sangat-sangat.Adik la satu-satunya harta abang yang paling berharga dalam hidup abang.Abang nak adik jaga diri baik-baik tau.Jangan nakal-nakal.Adik makin dewasa.Tanggungjawab semakin besar.Ingat Allah selalu.Jangan lalai dalam hidup,nanti menyesal tak sudah.Padan muka adik”,sambil mencubit pipiku.Tabiatnya. Sempat lagi abang bergurau walaupun dalam nada yang serius. “Amboi,panjang lebar abang pesan kat adik?Ada surprise ke?”. “Asyik-asyik surprise.Suka sangat dengan kejutan.Nanti sakit jantung baru tau!”.Bebel pula abang ni. “Yela..adik jaga diri la ni.Abang pi la kerja tu,dah lewat ni tau! Tata abang sayang intan tak berpayung”. Laungku samb...

Kerana Seorang Lelaki -Part 3-

Majlis tahlil dirumahku dihadiri oleh seluruh ahli keluarga kami.Yang jauh,yang dekat.Semuanya datang dengan wajah yang sugul.Mereka tidak henti-henti berpesan supaya aku bersabar.Aku rimas.Aku mula bosan dengan perkataan ‘sabar’. Seperti hendak meraung. Hentikan semuanya! Aku benci sabar.Kerana sabar,mak mati ditangan ayah.Kerana sabar seorang isteri,suami sanggup membunuh isterinya sendiri.Apa ada pada sabar? Sabar? Aku ketawa sendiri dengan perkataan tersebut. Sabar tidak membawa aku kemana-mana. Kerana sabar dengan sikap ayah,mak akhirnya mati dalam keadaan begitu.Sungguh aku benci ayah! Dua tahun telah berlalu sejak peristiwa hitam tersebut namun benciku kepada ayah masih belum reda walaupun ayah sekarang sudah menjadi allahyarham. Aku tidak pernah sekalipun lupakan kejadian tersebut. “Adik! Cepatlah. Lambat dah ni nak ke kolej.Lamanya adik abang ni bersiap.”,bebel abang di pagi hari. “Ala..rileks la bang.Awal pun lagi.Kolej tu tak lari lah!”,rungut aku.Rimas dengan bebelan a...

Kerana Seorang Lelaki -Part 2-

“Ya Allah!”. Tiba-tiba terdengar jeritan satu suara garau. “Ayah!Ya Allah,apa dah jadi ni? Mak?Mak? Mak!!!!!!!!”. Jeritannya semakin lantang dek kerana tiada jawapan yang diterima.Langkahnya semakin laju menaiki tangga yang mewah itu. “Ya Allah,mak! Darah!”.Dia terpandang sekujur tubuh yang bersandar pada dinding itu. “Adik! Apa dah jadi ni adik?kenapa dengan ayah dan mak ni?”. Aku hanya terbungkam disitu. Tiada kata yang mampu aku ucapkan.Aku masih terkejut. “Hello ambulans.Tolong datang ke rumah saya sekarang jugak.Kecemasan!”, kata abang dengan suara yang cemas namun tegas. Di hospital, doktor dan jururawat bertungkus-lumus di dalam wad kecemasan,cuba untuk menyelamatkan ayah dan mak yang mengalami pendarahan yang teruk.Masing-masing di bahagian kepala. Abang mendekatkan dirinya kepadaku. “Abang tak tahu apa yang jadi kat rumah semasa abang tiada.Macam mana semua ni boleh berlaku,dik? Kenapa dengan ayah dan mak jadi macam tu? Apa dah jadi,dik? Apa?”. Lemah saja suara abang ber...

Kerana Seorang Lelaki -Part 1-

Aku seorang perempuan.Hidup sebagai seorang gadis manja yang disayangi dalam keluarga kadang2 melemaskan aku.Ayah.Ibu.Abang.Mereka penting kepadaku.Namun,mereka jugalah yang mengubah hidupku. "Abang,saya nak abang berubah..Buanglah sikap buruk abang tu.Saya tak mahu anak2 kita lihat abang macam ni.Tolonglah abang..demi keluarga kita!" Pannnngggggggg!!!! "Abangg!!..Sampai hati abang". "Kau diam!.Kau tak layak nak nasihatkan aku.Aku ketua keluarga ini.Aku berhak lakukan apa yang aku suka!". "Tapi abang.." Ahhhh! Darah keluar dari kepala ibu..mengalir bersama air mata kekesalan dengan sikap ayah.Ayah berlalu tanpa belas kasihan.Langkahnya laju menuruni anak tangga yang agak curam itu. aku menyaksikan mereka di sudut kamarku bersama air mata kecewa dengan sikap ayah. Ibu!! sampai hati ayah membiarkan ibu sebegini.Sanggup ayah biarkan ibu kesakitan terhantuk bucu meja.Aku memangku kepala ibu.Darah semakin laju mengalir keluar.Aku semakin panik....

Hard To Say It Loud~

  after that sorrowful night you and me were torn into pieces you just went away from me it's hurting..for me and you,us.. it was my fault! I admitted it,friend.. but you wouldn't listen..I'm sorry again.. now you can put the blame on me.. I ruined our ties by myself..how regret I was.. I understand..i knew what you wanted.. I'll go..i will go out from your life.. I cried..dews dripping..as my silent tears.. I'm leaving now but still hoping that you will come for me.. It was so cold as the winter I really hope that you will come and cover me with your wool coat. How I miss that time Oh I see you there..walking alone. but you pause to stand,looking at me with misty eyes.. I smile..but you turn back and leave me alone there. and just then the wind began to blow hardly.. Thanks my friend..for your "careness".. Then I'll go and never come back for you.. you have my word! But..It's hard to say goodbye dear.. How I wish you'd never meet her..! How I ...

And Thats How It Ended~

"I don't want it anymore,I'm sorry". She told that to him and should I laugh? Should I be happy while he sad? yes I'm happy now..can't hide how I feel.. hahahahaha..I'm laughing now. "I feel so hopeless my friend..I thought she could be the one!" he's mopping..and i was so red! why he should cry for that rude girl?? don't you realise that you're belong with me.. "you shouldn't cry for her..she's just useless,can't see your heart" now she dumped you! you blind man! he shocked with what i said.. "how could you say that?" he walked away..leaving me with thousands of regret.. on that day and that's how it ended

Then I Should Go~

  truly from my deepest heart i could feel that you're the one and seriously i thought that you could be the one stranger become friend friend become bosom friend after that,i'm thoughtless.. what the most suitable word to describe us? i'm confuse and i'm very sorry this feeling..it's killing me inside.. how i'm sorry to feel this way towards you i saw that day..with cheerful face.. your face,it's glowing with love.. but..but..but..you're not with me at that time.. you and her..i'm sad. what i thought all this time? but..so much 'but' ! "but if i'm not made for you,why does my heart tell me that i am?" and what can i do anymore..you have her.. then i should go..

As We Walk Together

At dusk I sat alone on the bench I saw you walking,calmly.. I stared at you.. You noticed me.. I looked down,felt shy with my attitude.. You walk again,far and far..walk away from me.. Sighed..when I will see you again?No chance at all.. Felt so cold because of zephyr.. Oh,where is my handkerchief? Out of the blue.. Is this yours?he asked.. ah..aa..yes!I answered. He lent me his wool coat.. Felt so warm walking beside him.. As we walked together, I smiled happily..