Aku menggagahkan diri ke majlis tahlil untuk Zufar.Aku melangkah lemah.Rasanya tak sanggup untuk menatap wajah orang ku sayang dalam keadaan begitu.Kau bisu Zufar.Aku termenung beberapa ketika.Mencari kekuatan untuk menatap wajah Zufar buat kali terakhir.Aku nampak mak cik dari jauh.Menantikan kedatanganku agaknya.Dari semalam mak cik bercakap di telefon denganku.Menasihati supaya aku tabahkan hati untuk Zufar.Bagaimanakah agaknya hidupku tanpa kau Zufar?Padahal selama ni kau yang mengajar aku untuk kembali tersenyum.Ah! Betapa aku menyesal kerana tidak menghargai masa yang kita ada selama ni. "Masuklah Kirana".Lembut suara ibu Zufar menyapaku.Aku tak dapat menahan air mata dari terus mengalir."Sabarlah sayang",mak cik mengesat air mataku yang berlinangan."Saya dah takde sesiapa lagi dalam hidup ni,mak cik".Aku merintih."Kamu silap Kirana,mak cik dan pak cik kan ada.Anggaplah kami sebagai ibu bapa kamu,nak".Terkejut dengan kata-kata mak cik,aku...